Iklim Mediterranean Kebenuaan Iklim_Mediterranean

Peta kawasan beriklim Mediterranean Kebenuaan.

Iklim Mediterranean Kebenuaan ialah satu variasi iklim Mediterranean yang jarang ditemui (Pengelasan iklim Köppen: Csa, Csb and Csc), dan menyerlahkan ciri-ciri iklim kebenuaan kerana altitudnya dan pengaruh yang terhad dari laut. Pokoknya, iklim Mediterranean kebenuaan merupakan gabungan iklim kebenuaan dan Mediterranean. Iklim Mediterranean kebenuaan berkongsi ciri-ciri iklim kebenuaan iaitu musim sejuk yang dingin bersalji (atau kering) dan musim panas yang hangat (dan kering). Perbezaan antara suhu purata musim sejuk dan musim panas adalah kira-kira 18.5°C. Pada musim panas, suhu harian mampu mencecah 30°C, manakala pada musim sejuk pula sering kelihatan salji dan ibun. Curahan hujannya serupa dengan iklim Mediterranean, iaitu 400-600 mm. Curahan hujan memuncak pada musim luruh dan musim bunga tetapi kurang sekali pada pertengahan musim sejuk. Aspek-aspek Kebenuaan iklim ini makin menyerlah di kawasan tinggi. Iklim ini ditemui di kawasan-kawasan pedalaman semenanjung Iberia (Meseta dan Lembah Ebro), Anatolia, Sicily, dan Chile Tengah.

Selalunya, iklim Mediterranean Kebenuaan amat menyerupai iklim separa gersang (Köppen: BS). Akan tetapi, terdapat dua ciri-ciri yang membezakan variasi iklim Mediterranean dengan iklim separa gersang. Pertamanya, iklim Mediterranean kebenuaan menampakkan pola kerpasan ketara yang mana kemuncak-kemuncak kerpasannya dialami pada musim luruh dan musim bunga. Iklim separa gersang pula biasanya menunjukkan pola kerpasan yang berbeza sekali. Keduanya, iklim ini ditemui bersebelahan dengan kawasan beriklim Mediterranean, biasanya dalam bentuk tanah tinggi berhampiran kawasan beriklim Mediterranean biasa. Kawasan mana yang menunjukkan kedua-dua ciri ini dikira sebagai beriklim Mediterranean Kebenuaan.

Rujukan

WikiPedia: Iklim_Mediterranean http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/a/AU946720... http://www.climate-charts.com/Locations/s/SP08181.... http://www.climate-charts.com/Locations/u/UA68816.... http://br.weather.com/weather/climatology/ITXX0139 http://uk.weather.com/weather/climatology/CIXX0020... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.aemet.es/es/elclima/datosclimatologicos... http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/...